Sekolah St. Michael diasaskan oleh Rev. Father J.P Coppin, seorang paderi di Parish Priest of St Michael’s Church Ipoh. Sekolah Inggeris ini telah dimulakan di No 3, Jalan Clayton, Ipoh. En. P.J. Morsingh seorang guru terlatih di St. Xavier Institution Pulau Pinang telah ditawarkan berkhidmat menjadi Guru Besar pertama. Sekolah ini bermula dalam tahun 1912. Darjah VII merupakan darjah tertinggi hingga tahun 1920. Sekolah ini diambil alih oleh Christian Brothers. Rev. Bro. Paul telah dilantik Director pertama dan mempunyai 500 orang murid. Semasa Perang Jepun, bangunan ini telah dijadikan markas Jepun. Murid sekolah ini telah bertambah dari tahun ke tahun.
Pada1957 pentadbiran sekolah rendah dan menengah telah dipisahkan. Pada 1959 sekolah rendah telah dibahagikan menjadi dua buah sekolah, Primary 1 dan Primary 2 hingga ke hari ini. Pada 1966 Primary 1 mengandungi 38 buah kelas dan pihak pentadbiran memohon kebenaran mewujudkan cawangan di Canning Garden dengan mengandungi 10 buah kelas.
Pada 9.8.1966 Kem. Pelajaran meluluskan permohonan sekolah cawangan diberi nama La Salle. SK. St. Michael 1 & 2 berkongsi bangunan. SK. St. Michael 1 mengandungi 20 buah kelas dan mempunyai 692 murid dari berbagai kaum.
Pada 02.12.2004 Pengerusi Lembaga Pengelola Sekolah, Dato’ Seri Lee Oi Hian telah membuat permohonan dari Kem. Pelajaran melalui Jabatan Pelajaran Negeri untuk mendirikan bangunan baru 4 tingkat menggantikan bangunan yang lama. Pada 05.01.2005 kelulusan telah diberikan oleh Kem. Pelajaran. 23.02.2005 Majlis Bandaraya Ipoh melalui jasa baik Dato’ Bandar Ipoh telah mempercepatkan kelulusan pelan bangunan tersebut.
Pengerusi Lembaga Pengelola Sekolah Dato’ Lee Oi Hian serta President OMA Encik Adrian Tsen Keng Yam telah bersetuju mendirikan bangunan tersebut bernilai 3.5 juta yang mengandungi 30 bilik darjah, bilik Kemahiran Hidup, Pusat Sumber, bilik Sains, bilik Komputer, surau, bilik J-Qaf, pejabat serta kantin ( food court). Bangunan siap akhir tahun 2006 dan beroperasi awal 2007 ( Feb/Mac ). Bangunan tersebut telah didirikan dengan sumbangan para dermawan. Para dermawan akan mendapat pelepasan cukai yang telah diluluskan oleh Lembaga Hasil Dalam Negeri. Sekolah ini beroperasi Enam Bulan Pertama ( Jan - Mei ) sesi pagi, waktu masuk 7.30 pagi hingga 1.00 tengah hari, Enam Bulan Kedua ( Jun - Nov ) sesi petang, waktu masuk 1.00 tengah hari hingga 6.20 petang.